Monday, June 2, 2008

First Gathering - Rumah En. Shamsury

Setelah 14 tahun berlalu, akhirnya perjumpaan semula yang pertama telah berjaya dilangsungkan walaupun tidak ramai yang hadir. Maklum lah, masing-masing telah berkeluarga dan mempunyai komitmen yang lebih penting. Mereka yang hadir;

1. NoorAzrul aka Pokcik dan Wife
2. Fauzi Zamin dan Wife serta 3 orang anaknya
3. Bashirul Sidek
4. Taufik Tawil
5. Ghazali The 'Cool' Guy
6. MNasir
7. Lokman & Wife
8. Norizah Yunus
9. Norzila Abdul Kadir
10. Salinda Ishak
11. Dzuriati
12. Juraini Jantan
13. Sherie Zurina aka Mek Yi
14. NorHanim

Tidak ketinggalan tuan rumah, ENcik Shamsury & Puan Fauziah serta anak tunggal mereka Azry.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan Tahlil. Kemudian disambung dengan sembahyang Isyak berjemaah.

Selepas itu acara makan-makan pun dimulakan. Menu adalah nasi minyak, ayam masak merah, acar, kopok keping, buah-buahan, manisan (gambar makanan akan di masukkan kemudian). Mek Yi dan Hanim sampai agak lambat sikit, iaitu selepas semua orang dah selesai makan dan tengah dok tengok show gambar-gambar nostalgia semasa di ITM dulu. Tapi sejuta penghargaan dan terima kasih kepada Mek Yi yg sanggup turun dari Kelate semata-mata untuk menghadiri perjumpaan kali ini. Juga kepada Salinda yang sedang sarat mengandung pun sanggup turun dari Bagan Lalang. Tidak lupa kepada Dzu juga yang sedang mengandung anak yang ke-3.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Shamsury & Keluarga di atas kesudian mereka menjadi 'host' untuk perjumpaan Persi kali pertama ini selepas 14 tahun.

Ini adalah sebahagian gambar yang diambil dari kamera saya. Kita tunggu gambar-gambar dari kamera pokcik dan Azry pulak lepas ni.



Dzuriati, Norizah, Norzila, Salinda & Wife Pokcik



Gambar Atas : Taufik, Bashirul & Ghazali
Keterangan Gambar : Taufik sedang bercerita tentang insurans
Gambar Bawah : En. Shamsury sedang bersantai
Gambar Bawah : Poji, Taufik & Ghazali


Gambar Atas Kiri : Juraini & Zila bercerita sakan
Gambar Atas kanan : Hanim, Ghazali, Jun, En, Sham & Pn. Fauziah
Gambar Bawah : Mek Yi, Hanim & Nor ... Askar Ke!


Keterangan Gambar : Acara makan-makan!


1 comment:

Unknown said...

alahaiii..kalau letak gambau dulu dan sekarang bersebelahan...aduihh...beza sungguh berbezaaaa...hahahahahaha..