Wednesday, April 30, 2008

XTVT Persi

Salam all,

Nak mintak tolong kawan-kawan semua yang masih ingat pasal aktiviti PERSI dahulu. Tolong tambah kalau ada yang tak tersenarai dan tolong betulkan kalau ada yang silap;

1. Berkayak Dari Kg. Bharu (Chalet G7) ke Lumut - Ketua Projek Arwah Azizan
2. Mendaki Gunung Batu Putih, Kuala Woh, Perak. 4 hari kalau x silap. Ketua Projek Fauzi Zamin
3. Bermalam di Pulau Sembilan (En. Sham sponsored). 2 malam. Ketua Projek En. Sham sendiri dibantu oleh AJK
4. Mendaki Bukit Tunggal, Lumut. (training dan aktiviti)
5. Berjalan ke Teluk Rubiah (ala ala treasure hunt)
6. Merentas hutan di Kg. Gajah? Batu Gajah? 1 hari - Ketua Projek Norzila
7. Merentas sungai di Batu Kurau, Perak. 1 hari 1 malam - Ketua Projek Salinda
8. Mendaki Bukit Larut, Taiping, Perak. (sesapa ada gambar?) 2 hari kalau x silap
9. Melawat Kapal KD Mahawangsa, TLDM Lumut, Perak.(sesapa ada gambar?) - Ketua Projek? Aku la tu....
10. Berkayak dari Kuala Perlis ke Pulau Tuba, Langkawi. byk hari. lebih kurang seminggu. Ketua Projek Pokcik
11. Orienteering. Kat mana? bila? kat mana? brp lama?
12. Mendaki gunung Berinchang-Irau. bila? kat mana? brp lama?
13. xpdc gua tempurung. 14 ogos 1994. Bermalam? brp hari?
14. Berkayak dari Kg Bharu ke Pulau Pangkor. 2 hari.

Tambahan dari pokcik;

1) Aktiviti Latihan kebakaran 1 hari - x silap Ketua Projek Bashirul
2) Aktiviti Senamrobik every week - Yg ni pun kalau x silap Ketua Projek Afizah
3) Aktiviti Drama kemerdekaan - PERSI menang tempat pertama
4) Aktiviti Pasaria 1 hari - Persi menang salah satu pertandingan
5) Aktiviti Berjalan & ujian lasak (Training & aktiviti ) dari ITM ke kampung ? tak pasti siapa bolih ingat - group daki gunung batu putih - 1 hari

Added by MNasir: - ke Kg. Lekir kalau x silap. xtvt ni bertembung dgn xtvt lawatan ke TLDM

Sesiapa yg ada maklumat lanjut dan gambar boleh la kasi sama saya ya... terima kasih. Jasamu dikenang jua.

p/s: logo dah dapat. thanx to Ana and Fiza.

Saturday, April 26, 2008

Reunion Ex-Persi di rumah En. Shamsury

Alamat :: No 99, Jalan Delima, Taman Perwira, 53000
Gombak (Berhampiran dengan stesen minyak Shell, Taman Melati)

- Nanti saya cuba buat peta....

Kehadiran : suami dan isteri ( kanak-kanak tidak digalakkan)

Pakaian : Baju Melayu dan bersampin (lelaki) - kalau tiada pun takpa
Baju kurung (wanita )

Masa Aktiviti

6.00 PTG : Kesemua EXPERSI berkumpul di rumah Encik Sham.
6.30 PTG : Majlis Ramah Mesra
6.45 PTG : Ucapan Bekas Penasihat En. Shamsury Abd Karim
7.15 PTG : Majlis Ramah Mesra
7.45 MLM : Sembahyang Maghrib Berjemaah
8.00 MLM : Majlis Tahlil utk Arwah Azizan & Arwah Rahman
8.45 MLM : Sembahyang Isyak Berjemaah
9.00 MLM : Makan Malam (Nasi Beriani\nasi putih)
9.30 MLM : Tayangan Video Gambar aktiviti PERSI yang dahulu.
10.00 MLM : Ramah Mesra
10.30 MLM : Bersurai

Untuk Bayaran makanan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat, sesiapa belum mendaftar untuk kehadiran sila mendaftar. Sesiapa yang ingin membawa kuih dan snek adalah dibenarkan dan dialu-alukan.

Pada hari tersebut, pihak urusetia akan membuat perkhidmatan pengangkutan dari Taman Melati ke Rumah Encik Sham, ini memandangkan parking limited sekitar rumah En Sham, sedangkan di Taman Melati Parking banyak. Atau boleh naik LRT dan turun di Stesen Taman Melati.

Setakat itu dahulu, ada apa - apa Info akan dimaklumkan kemudian, semoga Perjumpaan kita nanti akan diRahmati oleh Allah SWT.

Sunday, April 20, 2008

Ex-Persi Reunion - Pengenalan

Pengenalan

PERSI atau Persatuan Rekreasi ITM Cawangan Perak telah ditubuhkan pada bulan April 1993. Idea untuk menubuhkan persatuan ini adalah cetusan daripada Sdri. Afizah dan Sdr. Noorazrul atau lebih dikenali sebagai Pokcik. Kerana pada masa tersebut tiada persatuan yang mengelolakan aktiviti-aktiviti rekreasi di ITM Cawangan Perak.

Bertitik-tolak daripada saat itu, mereka berdua telah mencari pelajar-pelajar lain yang berminat untuk menubuhkan persatuan ini. Akhirnya 10 orang telah bersetuju dengan sukarelanya untuk menyediakan kertas kerja untuk penubuhan persatuan. Mereka ialah;


















1. Sdr. Noorazrul Bahrain (DCS)
2. Sdr. Azizan Jainudin (DCS) - Telah meninggal dunia
3. Sdr. Fauzi Zamin (DCS)
4. Sdr. M. Nasir Abd. Hamid (DCS) - Penulis blog ini
5. Sdr. Rosli Puasa (CTRP)
6. Sdri. Afizah Abdul Rahman (DSS)
7. Sdri. Noor Farahin Ahmat (DSS)
8. Sdri. Norzila Abdul Kadir (DSS)
9. Sdri. Salinda Ishak (DSS)
10. Sdri. Noorsalawati Zainal Abidin (DSS)



Setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya PERSI berjaya ditubuhkan pada bulan 08 April 1993. Pihak AJK juga telah berjaya memujuk En. Shamsuri Abd. Karim untuk menjadi penasihat bagi persatuan ini.

Pada mesyuarat pertama penubuhan persatuan ini, para ahli persatuan telah bersetuju dengan sebulat suara mengekalkan AJK penaja sebagai AJK tetap persatuan ini. Kehadiran pelajar amatlah mengejutkan, sehinggakan dewan yand digunakan tidak dapat menampung kehadiran pelajar yang begitu teruja dengan penubuhan PERSI! Sayang sekali kami tidak mempunyai gambar pada mesyuarat pertama PERSI tersebut. Almaklum le, zaman tu digital camera takde lagi.

Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah seperti berkayak, mendaki gunung, merentas hutan, merentas sungai, lawatan ke TLDM, pasaria ITM, dll.

Aktiviti-aktiviti dijalankan hampir setiap minggu. Aktiviti mingguan yang dijalankan ialah berkayak dari Chalet G7 (Kg. Acheh) sehingga ke Lumut.

Daftar keahlian anda segera di yahoogroups ex-persi

Ex-Persi Yahoogroups

Reunion

Kini, setelah 15 tahun berlalu, bekas AJK asal PERSI telah berkumpul kembali pada 19 April 2008, (Pokcik, Afizah, Fauzi, Farah, Salinda, Norzila, MNasir - dan dibantu ahli PERSI, Sdr. Taufik Tawil). Noorsalawati tidak dapat hadir kerana demam, Sdr. Azizan telah meninggal dunia, Sdr. Bashirul tidak dapat hadir kerana menjaga ayahnya yang mengidap cancer dan Sdr. Rosli Puasa tidak dapat dikesan.

Mesyuarat tersebut yang dibuat secara santai di Wetland Taman Rekreasi Air Putrajaya dari jam 12.30 pm - 5.00 pm. Lama betul, maklum le.. berborak sakan setelah sekian lama tidak berjumpa.. 15 tahun tu beb!














Pada mesyuarat tersebut, kami telah membincangkan mengenai reunion bekas-bekas ahli PERSI bagi tahun 1993, 1994 dan 1995. Reunion tersebut telah dicadangkan untuk diadakan di Port Dickson pada 22-24 Ogos 2008. 3 hari 2 malam dicadangkan adalah kerana untuk memberi lebih masa untuk ahli-ahli yang telah lama tidak bertemu untuk beramah-mesra. Di samping mengimbau kenangan lalu yang amat sukar dilupakan. Seperti baru semalam kita beraktiviti bersama.

Semasa reunion terebut juga akan diisi dengan aktiviti yang mungkin akan mengembalikan kenangan manis sewaktu kita bersama-sama dahulu. Contohnya mendirikan khemah, berjalan di dalam hutan, membuat unggun api dan pelbagai lagi program yang menarik telah dirancang.

Reunion ini juga boleh dikatakan sebagai hari keluarga dan percutian tahunan keluarga.

Dengan itu, diharapkan supaya bekas-bekas ahli PERSI, dapat menghubungi kami dengan mendaftar di laman yahoogroups expersi. Pendaftaran terbuka kepada semua ahli-ahli PERSI dari tahun 1993 sehinggalah sekarang.

Ex-Persi Yahoogroups















Reunion kecil-kecilan

Sebelum reunion yang secara besar-besaran itu dilaksanakan, kami rancang untuk mengadakan reunion secara kecil-kecilan di rumah En. Shamsuri. Ini adalah di atas permintaan En. Shamsuri sendiri. Tarikhnya belum ditetapkan lagi, tapi akan diadakan pada masa terdekat. Reunion hanya sekadar makan-makan dan mengimbau kenangan lama.

Lawat dan daftar segera di laman yahoogroups ex-persi.

Ex-Persi Yahoogroups

atau email saya di mnasirhamid@gmail.com or noorazrul@yahoo.com or fizaapple93@yahoo.com

Bersambung....