Seperti yang telah dimaklumkan oleh Saudara Fauzi dan juga Saudari Fiza/Apple, pihak AJK EXPERSI telah pun membuat tinjauan ke PD Sanctuary Resort di Tanjung Agas, Portd Diskson pada 21hb. Jun hingga 22hb.Jun. 2008. Oleh itu bersama ini disertakan Program lengkap untuk majlis hari keluarga yang tersebut di atas :
ATURCARA
Hari Keluarga EXPERSI ITM (UITM) Perak.
______________________________________________________
HARI PERTAMA - 22.08.2008 (JUMAAT)
02.00 petang – 05.00 petang - Ahli dijangka sampai di Port Dickson
(pembahagian bilik, “door gift” dan
minum petang)
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah/Majlis Tahlil
9.00 malam - Jamuan Makan Malam dan Majlis Perasmian
- Ucapan Alu-aluan Oleh Bekas YDP PERSI Pertama
- Ucapan dan Perasmian olih Bekas Penasihat PERSI Pertama
- Pelancaran EX-PERSI.blogspot.com
- Majlis suai kenal/Ramah mesra antara keluarga EXPERSI/Tayangan gambar Nostalgia
10.30 malam - Minum malam
11.00 malam - Balik ke Bilik dan berehat
HARI KEDUA - 23.08.2008 (SABTU)
6.00 pagi - Solat Subuh berjemaah
7.00 pagi - Senaman pagi
8.00 pagi - Sarapan pagi
08.30 pagi - Sukaneka
10.30 pagi - Minum Pagi
11.00 pagi - Aktiviti “Tresure Hunt”
01.00 petang - Makan Tengah hari
01.45 petang - Berehat/acara bebas
04.30 petang - Minum Petang
05.00 petang - Bertolak ke Hutan Lipur Pasir Panjang
05.30 petang - Persiapan untuk aktiviti malam
7.20 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam - Makan Malam
9.00 malam - Aktiviti Malam
10.30 malam - Bertolak Balik Ke PDS Resort
11.00 malam - Minum Malam
11.30 malam - Berehat
HARI KE-TIGA - 24.08.2008 (AHAD)
6.00 pagi - Solat Subuh berjemaah
7.00 pagi - Senaman Pagi
8.00 pagi - Sarapan pagi
8.45 pagi - Aktiviti “Debrief”
- Acara Penutup dan penyampaian hadiah
- Sesi Bergambar
12.00 tengah hari - Makan tengah hari
12.45 tengah hari - Berehat/acara bebas
02.00 Petang - Semua Ahli bersiap untuk balik (Chekout lewat tanpa caj)
Gambar – Gambar Sekitar Tempat Hari Keluarga
Bilik Tidur Untuk Keluarga
Kawasan Sekitar PDS tempat diadakan “Tresure Hunt” , Kolam renang Lelaki bersebelahan dengan kolam Renang Wanita cuma kolam renang Wanita bertutup.
Kawasan Hutan tempat Aktiviti Malam di adakan. Kawasan laut untuk mereka yang berminat untuk aktiviti laut. Untuk gambar yang paling bawah tu, untuk aktiviti udara.
Untuk melihat lain – lain gambar boleh lah lihat di expersi yahoogroup.
Untuk Kos bagi Hari Keluarga ini adalah seperti berikut :
Apartment 1 bilik (1mlm) = RM 80
Apartment 2 Bilik (1mlm) = RM 120
Bagi Makanan dan minuman utk seluruh hari (Dewasa) = RM 70/seorg
(Kanak-Kanak 5Thn ke atas) = RM 35/seorg
Hadiah dan Cenderamata dan pengurusan = RM 15T-Shirt = RM20
CONTOH: jika anda berkeluarga dan membawa 2 org anak melebihi 5 thnApartmen 1 bilik utk 2 mlm = RM 80 x 2 = RM160
Makanan Dewasa utk 2 org = RM70 x 2 = RM 140
Kanak-kanak utk 2 org = RM35 x 2 = RM 70
Hadiah dan Cenderamata dan pengurusan = RM15
TShirt = RM20 x 2 = RM40
Keseluruhan RM425
Sesiapa berminat bolih mendaftar dengan Saudari Zanariyah. Tarikh akhir pendaftaran 1hb.Ogos.2008. Sesiapa yang ingin membayar secara ansuran dibenarkan.






