Friday, December 5, 2008
Movie EXPERSI Open House
Saudari Fiza telah menyiapkan gambar - gambar expersi open House untuk tatapan kita semua, semoga semua enjoy dgn movie yang disediakan. Jutaan terimakasih semua dalam menyediakan juadah dan juga kehadiran yang ramai terutamanya adik - adik PERSI. Satu perjumpaan yang bermakna dan berjaya.
Tuesday, November 11, 2008
Open House EXPERSI
ang benderang. Lepas tu print, kalau tak nanti sesat di perjalanan senang.
b/p
En. Shamsury & Keluarga
Abg Azrul/Pokcik
AJK
Thursday, June 26, 2008
Hari Keluarga EXPERSI 22 - 24/08/2008
Seperti yang telah dimaklumkan oleh Saudara Fauzi dan juga Saudari Fiza/Apple, pihak AJK EXPERSI telah pun membuat tinjauan ke PD Sanctuary Resort di Tanjung Agas, Portd Diskson pada 21hb. Jun hingga 22hb.Jun. 2008. Oleh itu bersama ini disertakan Program lengkap untuk majlis hari keluarga yang tersebut di atas :
ATURCARA
Hari Keluarga EXPERSI ITM (UITM) Perak.
______________________________________________________
HARI PERTAMA - 22.08.2008 (JUMAAT)
02.00 petang – 05.00 petang - Ahli dijangka sampai di Port Dickson
(pembahagian bilik, “door gift” dan
minum petang)
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah/Majlis Tahlil
9.00 malam - Jamuan Makan Malam dan Majlis Perasmian
- Ucapan Alu-aluan Oleh Bekas YDP PERSI Pertama
- Ucapan dan Perasmian olih Bekas Penasihat PERSI Pertama
- Pelancaran EX-PERSI.blogspot.com
- Majlis suai kenal/Ramah mesra antara keluarga EXPERSI/Tayangan gambar Nostalgia
10.30 malam - Minum malam
11.00 malam - Balik ke Bilik dan berehat
HARI KEDUA - 23.08.2008 (SABTU)
6.00 pagi - Solat Subuh berjemaah
7.00 pagi - Senaman pagi
8.00 pagi - Sarapan pagi
08.30 pagi - Sukaneka
10.30 pagi - Minum Pagi
11.00 pagi - Aktiviti “Tresure Hunt”
01.00 petang - Makan Tengah hari
01.45 petang - Berehat/acara bebas
04.30 petang - Minum Petang
05.00 petang - Bertolak ke Hutan Lipur Pasir Panjang
05.30 petang - Persiapan untuk aktiviti malam
7.20 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam - Makan Malam
9.00 malam - Aktiviti Malam
10.30 malam - Bertolak Balik Ke PDS Resort
11.00 malam - Minum Malam
11.30 malam - Berehat
HARI KE-TIGA - 24.08.2008 (AHAD)
6.00 pagi - Solat Subuh berjemaah
7.00 pagi - Senaman Pagi
8.00 pagi - Sarapan pagi
8.45 pagi - Aktiviti “Debrief”
- Acara Penutup dan penyampaian hadiah
- Sesi Bergambar
12.00 tengah hari - Makan tengah hari
12.45 tengah hari - Berehat/acara bebas
02.00 Petang - Semua Ahli bersiap untuk balik (Chekout lewat tanpa caj)
Gambar – Gambar Sekitar Tempat Hari Keluarga
Bilik Tidur Untuk Keluarga
Kawasan Sekitar PDS tempat diadakan “Tresure Hunt” , Kolam renang Lelaki bersebelahan dengan kolam Renang Wanita cuma kolam renang Wanita bertutup.
Kawasan Hutan tempat Aktiviti Malam di adakan. Kawasan laut untuk mereka yang berminat untuk aktiviti laut. Untuk gambar yang paling bawah tu, untuk aktiviti udara.
Untuk melihat lain – lain gambar boleh lah lihat di expersi yahoogroup.
Untuk Kos bagi Hari Keluarga ini adalah seperti berikut :
Apartment 1 bilik (1mlm) = RM 80
Apartment 2 Bilik (1mlm) = RM 120
Bagi Makanan dan minuman utk seluruh hari (Dewasa) = RM 70/seorg
(Kanak-Kanak 5Thn ke atas) = RM 35/seorg
Hadiah dan Cenderamata dan pengurusan = RM 15T-Shirt = RM20
CONTOH: jika anda berkeluarga dan membawa 2 org anak melebihi 5 thnApartmen 1 bilik utk 2 mlm = RM 80 x 2 = RM160
Makanan Dewasa utk 2 org = RM70 x 2 = RM 140
Kanak-kanak utk 2 org = RM35 x 2 = RM 70
Hadiah dan Cenderamata dan pengurusan = RM15
TShirt = RM20 x 2 = RM40
Keseluruhan RM425
Sesiapa berminat bolih mendaftar dengan Saudari Zanariyah. Tarikh akhir pendaftaran 1hb.Ogos.2008. Sesiapa yang ingin membayar secara ansuran dibenarkan.
Monday, June 16, 2008
Ayah Bashirul kembali ke rahmatullah
No. Tel Bashirul : 019-3177663
Monday, June 2, 2008
Sambungan Gambar Reunion 1
Sedang menonton Gambar 14 tahun lalu (Nostalgia lama)
Nor sedang berfikir apa yang hendak ditulis dalam borang, Hanim dan Mek Yie disebelah
Taufiq sedang mengisi borang "Kahwin"
Nasi minyak & Air , Skrin Movie, En.Sham, Puan Rodziah & Dzu sdn kusyuk menonton gambar XTVT Persi dahulu.

Nasir sdg menyiapkan persembahan dibantu olih Azry. Fauzi bersama salah seorang anak perempuannya. Pokcik dan Bashirul sedang menyediakan Skrin Layar untuk projektor.
Anak - anak Fauzi yang sangat-sangat Well-behaved, dessert dan lauk pauk majlis.
First Gathering - Rumah En. Shamsury
1. NoorAzrul aka Pokcik dan Wife
2. Fauzi Zamin dan Wife serta 3 orang anaknya
3. Bashirul Sidek
4. Taufik Tawil
5. Ghazali The 'Cool' Guy
6. MNasir
7. Lokman & Wife
8. Norizah Yunus
9. Norzila Abdul Kadir
10. Salinda Ishak
11. Dzuriati
12. Juraini Jantan
13. Sherie Zurina aka Mek Yi
14. NorHanim
Tidak ketinggalan tuan rumah, ENcik Shamsury & Puan Fauziah serta anak tunggal mereka Azry.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan Tahlil. Kemudian disambung dengan sembahyang Isyak berjemaah.
Selepas itu acara makan-makan pun dimulakan. Menu adalah nasi minyak, ayam masak merah, acar, kopok keping, buah-buahan, manisan (gambar makanan akan di masukkan kemudian). Mek Yi dan Hanim sampai agak lambat sikit, iaitu selepas semua orang dah selesai makan dan tengah dok tengok show gambar-gambar nostalgia semasa di ITM dulu. Tapi sejuta penghargaan dan terima kasih kepada Mek Yi yg sanggup turun dari Kelate semata-mata untuk menghadiri perjumpaan kali ini. Juga kepada Salinda yang sedang sarat mengandung pun sanggup turun dari Bagan Lalang. Tidak lupa kepada Dzu juga yang sedang mengandung anak yang ke-3.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Shamsury & Keluarga di atas kesudian mereka menjadi 'host' untuk perjumpaan Persi kali pertama ini selepas 14 tahun.
Ini adalah sebahagian gambar yang diambil dari kamera saya. Kita tunggu gambar-gambar dari kamera pokcik dan Azry pulak lepas ni.


Gambar Atas : Taufik, Bashirul & Ghazali
Keterangan Gambar : Taufik sedang bercerita tentang insurans
Gambar Bawah : En. Shamsury sedang bersantai
Gambar Bawah : Poji, Taufik & Ghazali
Gambar Atas Kiri : Juraini & Zila bercerita sakanGambar Atas kanan : Hanim, Ghazali, Jun, En, Sham & Pn. Fauziah
Gambar Bawah : Mek Yi, Hanim & Nor ... Askar Ke!

Keterangan Gambar : Acara makan-makan!
Wednesday, May 14, 2008
Bapa Mertua Sanusi Kembali Ke Rahmatullah
Ex-Persi Yahoogroups
Friday, May 9, 2008
Bayaran Makanan Reunion Rumah En. Sham
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7.50
Bayaran bolih dimasukan ke Akaun Bendahari EXPERSI iaitu Puan Salinda Ishak. Kalau boleh kat ruangan email tu, masukkan email Salinda sekali.
Nama : Salinda Ishak
No. Acc : 514329323966
Bank : Malayan Banking Berhad (MBB)
No hp : 019-2603465
email : salinda.ishak@yahoo.com
Salinda pesan, kalau buat bayaran melalui maybank2u tak payah call atau SMS dia. Sebab maybank akan hantar email dan message dia bila duit dah ditransfer. Tapi kalau bayar melalui cash deposit machine, kena la call dia or message/sms dia bagitau. Dan kalau bayar by hand terus pada dia pulak, tak yah la call dia, cakap je terus kat dia, "Linda, ni hah duit RM15 untuk bayaran reunion tu" atau pun " ni hah linda, RM30 bayaran untuk aku dgn laki aku" atau pun cakap.... ahhhh Lu pikir la sendiri..... hehe..
Kalau bolih simpan resit pembayaran.
Tarikh Akhir untuk memasukan duit ialah 25hb.Mei.2008.
Wednesday, April 30, 2008
XTVT Persi
Nak mintak tolong kawan-kawan semua yang masih ingat pasal aktiviti PERSI dahulu. Tolong tambah kalau ada yang tak tersenarai dan tolong betulkan kalau ada yang silap;
1. Berkayak Dari Kg. Bharu (Chalet G7) ke Lumut - Ketua Projek Arwah Azizan
2. Mendaki Gunung Batu Putih, Kuala Woh, Perak. 4 hari kalau x silap. Ketua Projek Fauzi Zamin
3. Bermalam di Pulau Sembilan (En. Sham sponsored). 2 malam. Ketua Projek En. Sham sendiri dibantu oleh AJK
4. Mendaki Bukit Tunggal, Lumut. (training dan aktiviti)
5. Berjalan ke Teluk Rubiah (ala ala treasure hunt)
6. Merentas hutan di Kg. Gajah? Batu Gajah? 1 hari - Ketua Projek Norzila
7. Merentas sungai di Batu Kurau, Perak. 1 hari 1 malam - Ketua Projek Salinda
8. Mendaki Bukit Larut, Taiping, Perak. (sesapa ada gambar?) 2 hari kalau x silap
9. Melawat Kapal KD Mahawangsa, TLDM Lumut, Perak.(sesapa ada gambar?) - Ketua Projek? Aku la tu....
10. Berkayak dari Kuala Perlis ke Pulau Tuba, Langkawi. byk hari. lebih kurang seminggu. Ketua Projek Pokcik
11. Orienteering. Kat mana? bila? kat mana? brp lama?
12. Mendaki gunung Berinchang-Irau. bila? kat mana? brp lama?
13. xpdc gua tempurung. 14 ogos 1994. Bermalam? brp hari?
14. Berkayak dari Kg Bharu ke Pulau Pangkor. 2 hari.
Tambahan dari pokcik;
1) Aktiviti Latihan kebakaran 1 hari - x silap Ketua Projek Bashirul
2) Aktiviti Senamrobik every week - Yg ni pun kalau x silap Ketua Projek Afizah
3) Aktiviti Drama kemerdekaan - PERSI menang tempat pertama
4) Aktiviti Pasaria 1 hari - Persi menang salah satu pertandingan
5) Aktiviti Berjalan & ujian lasak (Training & aktiviti ) dari ITM ke kampung ? tak pasti siapa bolih ingat - group daki gunung batu putih - 1 hari
Added by MNasir: - ke Kg. Lekir kalau x silap. xtvt ni bertembung dgn xtvt lawatan ke TLDM
Sesiapa yg ada maklumat lanjut dan gambar boleh la kasi sama saya ya... terima kasih. Jasamu dikenang jua.
p/s: logo dah dapat. thanx to Ana and Fiza.
Saturday, April 26, 2008
Reunion Ex-Persi di rumah En. Shamsury
Gombak (Berhampiran dengan stesen minyak Shell, Taman Melati)
- Nanti saya cuba buat peta....
Kehadiran : suami dan isteri ( kanak-kanak tidak digalakkan)
Pakaian : Baju Melayu dan bersampin (lelaki) - kalau tiada pun takpa
Baju kurung (wanita )
Masa Aktiviti
6.00 PTG : Kesemua EXPERSI berkumpul di rumah Encik Sham.
6.30 PTG : Majlis Ramah Mesra
6.45 PTG : Ucapan Bekas Penasihat En. Shamsury Abd Karim
7.15 PTG : Majlis Ramah Mesra
7.45 MLM : Sembahyang Maghrib Berjemaah
8.00 MLM : Majlis Tahlil utk Arwah Azizan & Arwah Rahman
8.45 MLM : Sembahyang Isyak Berjemaah
9.00 MLM : Makan Malam (Nasi Beriani\nasi putih)
9.30 MLM : Tayangan Video Gambar aktiviti PERSI yang dahulu.
10.00 MLM : Ramah Mesra
10.30 MLM : Bersurai
Untuk Bayaran makanan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat, sesiapa belum mendaftar untuk kehadiran sila mendaftar. Sesiapa yang ingin membawa kuih dan snek adalah dibenarkan dan dialu-alukan.
Pada hari tersebut, pihak urusetia akan membuat perkhidmatan pengangkutan dari Taman Melati ke Rumah Encik Sham, ini memandangkan parking limited sekitar rumah En Sham, sedangkan di Taman Melati Parking banyak. Atau boleh naik LRT dan turun di Stesen Taman Melati.
Setakat itu dahulu, ada apa - apa Info akan dimaklumkan kemudian, semoga Perjumpaan kita nanti akan diRahmati oleh Allah SWT.
Sunday, April 20, 2008
Ex-Persi Reunion - Pengenalan
PERSI atau Persatuan Rekreasi ITM Cawangan Perak telah ditubuhkan pada bulan April 1993. Idea untuk menubuhkan persatuan ini adalah cetusan daripada Sdri. Afizah dan Sdr. Noorazrul atau lebih dikenali sebagai Pokcik. Kerana pada masa tersebut tiada persatuan yang mengelolakan aktiviti-aktiviti rekreasi di ITM Cawangan Perak.
Bertitik-tolak daripada saat itu, mereka berdua telah mencari pelajar-pelajar lain yang berminat untuk menubuhkan persatuan ini. Akhirnya 10 orang telah bersetuju dengan sukarelanya untuk menyediakan kertas kerja untuk penubuhan persatuan. Mereka ialah;

1. Sdr. Noorazrul Bahrain (DCS)
2. Sdr. Azizan Jainudin (DCS) - Telah meninggal dunia
3. Sdr. Fauzi Zamin (DCS)
4. Sdr. M. Nasir Abd. Hamid (DCS) - Penulis blog ini
5. Sdr. Rosli Puasa (CTRP)
6. Sdri. Afizah Abdul Rahman (DSS)
7. Sdri. Noor Farahin Ahmat (DSS)
8. Sdri. Norzila Abdul Kadir (DSS)
9. Sdri. Salinda Ishak (DSS)
10. Sdri. Noorsalawati Zainal Abidin (DSS)
Setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya PERSI berjaya ditubuhkan pada bulan 08 April 1993. Pihak AJK juga telah berjaya memujuk En. Shamsuri Abd. Karim untuk menjadi penasihat bagi persatuan ini.
Pada mesyuarat pertama penubuhan persatuan ini, para ahli persatuan telah bersetuju dengan sebulat suara mengekalkan AJK penaja sebagai AJK tetap persatuan ini. Kehadiran pelajar amatlah mengejutkan, sehinggakan dewan yand digunakan tidak dapat menampung kehadiran pelajar yang begitu teruja dengan penubuhan PERSI! Sayang sekali kami tidak mempunyai gambar pada mesyuarat pertama PERSI tersebut. Almaklum le, zaman tu digital camera takde lagi.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah seperti berkayak, mendaki gunung, merentas hutan, merentas sungai, lawatan ke TLDM, pasaria ITM, dll.
Aktiviti-aktiviti dijalankan hampir setiap minggu. Aktiviti mingguan yang dijalankan ialah berkayak dari Chalet G7 (Kg. Acheh) sehingga ke Lumut.
Daftar keahlian anda segera di yahoogroups ex-persi
Ex-Persi Yahoogroups
Reunion
Kini, setelah 15 tahun berlalu, bekas AJK asal PERSI telah berkumpul kembali pada 19 April 2008, (Pokcik, Afizah, Fauzi, Farah, Salinda, Norzila, MNasir - dan dibantu ahli PERSI, Sdr. Taufik Tawil). Noorsalawati tidak dapat hadir kerana demam, Sdr. Azizan telah meninggal dunia, Sdr. Bashirul tidak dapat hadir kerana menjaga ayahnya yang mengidap cancer dan Sdr. Rosli Puasa tidak dapat dikesan.
Mesyuarat tersebut yang dibuat secara santai di Wetland Taman Rekreasi Air Putrajaya dari jam 12.30 pm - 5.00 pm. Lama betul, maklum le.. berborak sakan setelah sekian lama tidak berjumpa.. 15 tahun tu beb!

Pada mesyuarat tersebut, kami telah membincangkan mengenai reunion bekas-bekas ahli PERSI bagi tahun 1993, 1994 dan 1995. Reunion tersebut telah dicadangkan untuk diadakan di Port Dickson pada 22-24 Ogos 2008. 3 hari 2 malam dicadangkan adalah kerana untuk memberi lebih masa untuk ahli-ahli yang telah lama tidak bertemu untuk beramah-mesra. Di samping mengimbau kenangan lalu yang amat sukar dilupakan. Seperti baru semalam kita beraktiviti bersama.
Semasa reunion terebut juga akan diisi dengan aktiviti yang mungkin akan mengembalikan kenangan manis sewaktu kita bersama-sama dahulu. Contohnya mendirikan khemah, berjalan di dalam hutan, membuat unggun api dan pelbagai lagi program yang menarik telah dirancang.
Reunion ini juga boleh dikatakan sebagai hari keluarga dan percutian tahunan keluarga.
Dengan itu, diharapkan supaya bekas-bekas ahli PERSI, dapat menghubungi kami dengan mendaftar di laman yahoogroups expersi. Pendaftaran terbuka kepada semua ahli-ahli PERSI dari tahun 1993 sehinggalah sekarang.
Ex-Persi Yahoogroups

Reunion kecil-kecilan
Sebelum reunion yang secara besar-besaran itu dilaksanakan, kami rancang untuk mengadakan reunion secara kecil-kecilan di rumah En. Shamsuri. Ini adalah di atas permintaan En. Shamsuri sendiri. Tarikhnya belum ditetapkan lagi, tapi akan diadakan pada masa terdekat. Reunion hanya sekadar makan-makan dan mengimbau kenangan lama.
Lawat dan daftar segera di laman yahoogroups ex-persi.
Ex-Persi Yahoogroups
atau email saya di mnasirhamid@gmail.com or noorazrul@yahoo.com or fizaapple93@yahoo.com
Bersambung....

